Wednesday, January 2, 2019

Sofea ceria di hari pertama persekolahan..

SK GUAL TO’DEH – Sesi persekolahan 2019 telah tiba. Cuti panjang akhir tahun terasa sekejap sahaja. Kini kanak-kanak seawal 6 tahun mula memasuki alam persekolahan. Manakala murid-murid darjah 1 menjadi suatu pengalaman baru buat mereka bersama-rakan rakan-rakan di kelas yang lebih tinggi. Manakala ibubapa pula sibuk menguruskan anak-anak di hari persekolahan. Pihak sekolah pula telah mula menguruskan untuk persediaan sesi 2019 sejak seminggu lebih awal sebelum sesi baru bermula.

Hanna Sofea Bin Mazeri, 9 tahun seorang murid baru bertukar ke SK Gual To’Deh bersama-sama abangnya Hannan Hadif Bin Mazeri di tahun 4. Wajah ceria anak kecil ini takkala pertama kali menjejakkan kaki di sekolah arus perdana pada hari pertama persekolahan. Sebelum ini Hanna Sofea dan abangnya belajar di sebuah sekolah agama swasta di Pasir Mas. Hanna Sofea bangun seawal 6.15 pagi dengan semangat untuk ke sekolah dengan semua kelengkapan sekolah baru. Inilah pengalaman yang kita pernah lalui ketika zaman kecil dahulu.
Hanna Sofea bersama-sama rakannya di hari pertama persekolahan di SK Gual To'Deh. Ceria memulakan hari pertama berada di kelas 3 Arif. 
Di hari pertama persekolahan, SK Gual To’Deh menerima murid-murid seramai 200 orang. Mereka terdiri daripada murid-murid di Kg Gual To’Deh, Kg Lachang, Kg Tersang dan beberapa buah kampung berdekatan. Pada hari pertama cuaca di Kg To’Deh sangat baik seolah-olah menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah untuk tahun ini. Guru-guru juga ceria dan bersemangat untuk berkhidmat dan mengajar murid-murid di sini.

Guru Besar SK Gual To’Deh, Cikgu Che Hashim Bin Hamzah pada ucapan ringkas di hari pertama persekolahan mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua warga sekolah termasuk guru, murid, staf dan juga kepada ibubapa yang turut hadir menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Beliau menaruh harapan besar untuk melihat sepanjang 2019, suatu kejayaan yang lebih baik berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada hari pertama murid-murid memulakan pembelajaran tepat pada pukul 7.45 pagi.

Galeri Hari Pertama Persekolahan





No comments:

Post a Comment

Banjir Hujung Februari 2022