Makmal Komputer

MAKMAL KOMPUTER - PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA UNIT ICT 
SK GUAL TO'DEH
AJK MAKMAL KOMPUTER - Klik Disini
 PENYELARAS ICT 
  • Memastikan kemudahan Infrastruktur Teknologi yang diterima adalah betul dari segi kualiti dan kuantiti seperti yang terdapat dalam spesifikasi.
  • Menyediakan inventori bagi kemudahan Infrastruktur Teknologi yang dibekalkan.
  • Mengurus akaun pengguna dan e-mail.
  • Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
  • Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan Infrastruktur Teknologi di tempatkan.
  • Menyediakan garis panduan/peraturan/tetacara pengunaan kemudahan Infrastruktur Teknologi.
  • Menyediakan keperluan Infrastruktur Teknologi untuk kegunaan guru-guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya.
  • Mengenal-pasti masalah yang timbul samada masalah yang berkaitan perkakasan. Sistem Pengoperasian Rangkaian atau perisian-perisian seperti SSMS dan TLM dan menyelesaikan masalah tersebut.
  • Merancang pembelian  bahan habis guna (consumables).
  • Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) IT/ICT sekolah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran IT/ICT dengan cara belajar sendiri atau melalui kursus/seminar/bengkel dan sentiasa mengokuti perkembangan ICT semasa.
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan system aplikasi SSMS dan TLM.
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menilai TLM.
  • Memberi latihan secara ‘inhouse’ kepada masyarakat sekolah.
  • Meningkatkan budaya IT/ICT di sekolah.
  • Mencadangkan pemasangan jeriji besi di bilik yang ditempatkan banyak komputer.
  • Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja.
  • Memastikanalat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
  • Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat yang telah dikenal pasti.
  • Memastkan komputer bebas dari virus.
  • Membuat backup dan replikasi.
  • Membina laman web sekolah.
  • Memastikan kandungan betul dan terkini.
  • Menyediakan laporan aktiviti sekolah bestari.
  • Mendokumentasikan laporan/surat/dokumen yang berkaitan
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
SETIAUSAHA
  • Mencatat minit mesyuarat.
  • Membuat surat panggilan mesyuarat, latihan dan kursus dalaman.
  • Menyediakan jadual waktu penggunaan makmal
  • Jadual P&P
  • Jadual latihan dan kursus dalaman
  • Menyedia dan mengumpul laporan aktiviti / program TMK sekolah.
  • Membuat minit mesyuarat, salinan minit mesyuarat dan mengedarkan minit mesyuarat.
  • Menerima, meneliti dan menyimpan segala laporan, rekod mesyuarat dan fail-fail daripada setiap unit.
  • Memastikan persiapan tempat mesyuarat dan makan minum.
  • Memastikan semua ketua unit menghantar laporan sebelum mesyuarat jawatankuasa induk.
UNIT PERKEMBANGAN STAF
  • Merancang dan melaksanakan program / aktiviti perkembangan staf berkaitan dengan ICT secara  berterusan.
  • Mengikuti perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut.
  • Mengenalpasti guru-guru dan tenaga pengajar luar yang berkebolehan untuk menyampaikan tajuk-tajuk  latihan/kursus yang ditentukan.
  • Memastikan setiap guru yang telah menghadiri kursus berkaitan komputer dan ICT menjalankan kursus dalaman.
  • Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
UNIT KECERIAAN DAN KEBERSIHAN
  • Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal daripada kalangan pelajar.
  • Menyediakan jadual tugasan harian/ mingguan/ bulanan untuk kebersihan dan keceriaan.
  • Merancang dan menyediakan kertas kerja/program keceriaan makmal.
  • Menyelia dan melaksanakan pengumpulan bahan-bahan berkaitan dengan ICT untuk pameran dalam makmal komputer.
UNIT TUGAS-TUGAS KHAS
  • Merancang aktiviti-aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program-program khas seperti bulan ICT, pameran ICT dan sebagainya dengan melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG serta  badan-badan pertubuhan bebas serta industri.
  • Mendapatkan sumber penaja dalam  proses meningkatkan infrastruktur dan program ICT sekolah.
  • Menguruskan aktiviti-aktiviti ICT selain daripada apa yang telah dirancangkan dalam jadual induk.
  • Merancang dan menyediakan kertas kerja program/aktiviti.
  • Menulis laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
 UNIT PENYENGGARAAN DAN KESELAMATAN
  • Menjaga keselamatan dan kebersihan makmal dalam waktu pejabat.
  • Menyimpan fail surat-menyurat dan perkeliling.Menyimpan inventori stok dan dokumentasi peralatanmakmal komputer (Kew312, Kew313, Kew314 dan Kew 315).
  • Membantu Penyelaras makmal menguruskan pergerakan peralatan makmal komputer.
  • Memantau aktiviti pelajar semasa menggunakan makmal komputer.
  • Membuka dan menutup pintu makmal komputer pada waktu yang ditetapkan atau dalam keadaan tertentu.
  • Menghidupkan komputer pelayan (Server) dan menutup semua komputer pada waktu yang ditetapkan.
  • Menghidup/mematikan suiz utama elektrik pada waktu yang ditetapkan.
  • Menyemak dan memastikan buku log penggunaan komputer dilengkapkan oleh pengguna setiap kali digunakan.
  • Memastikan tiada peralatan makmal dibawa keluar tanpa kebenaran Penyelaras Makmal.
  • Melaporkan sebarang kerosakan kepada Penyelaras Makmal.
  • Membantu Penyelaras Makmal menyelenggara perkakasan komputer.
  • Menguatkuasakan peraturan makmal yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diberi oleh pengurusan sekolah dan Penyelaras Makmal.
UNIT DOKUMENTASI / BULETIN DAN INFORMASI
Membantu pihak sekolah menyediakan dokumentasi
  • Merakamkan peristiwa semasa/program
  • Menyerahkan salinan lengkap fotografi dan dokumentasi kepada pihak pentadbiran
  • Melatih pembantu dalam kalangan pelajar/kelab
  • Mengemaskini dan memaparkan di Laman Web
  • Menceriakan Sudut Info Bestari dan Bilik Maklumat dengan data dan fotografi
TUGAS ADMIN & PEMBANTU ADMIN
1. Menerima dan mengesahkan Dongle YES 4G .
2. Memaklumkan Kepada Pengetua / Guru Besar.
3. Memberi kursus dan pendedahan kepada guru dan murid.
4. Membentuk organisasi Frog VLE sekolah.
5. Membentuk 1 Kumpulan murid (4 orang, 8, 16 dan seterusnya)
6. Mengedarkan user ID dan Password Guru, Murid & ibu bapa.
7. Menyiapkan Dashboard Sekolah.
8. Menyiapkan Takwim Sekolah.
9. Menyiapkan Booking Kalendar.
10. Share Departmental Sites (Guru kanan & M. pelajaran)
11. Mengisi School Document.
12. Mewujudkan Sites Mata Pelajaran dan Unit KOKO.
13. Menggalakkan penggunaan PROG VLE di sekolah

KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER

Beberapa tindakan dan peraturan perlu diadakan untuk keselamatan pengguna serta semua perkakasan yang terdapat di dalam makmal.
Langkah Keselamatan Makmal Komputer
  1. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan mendapat keizinan atau pengetahuan daripada guru terlebih dahulu atau dengan kehadiran guru itu sendiri.
  2. Setiap pelajar atau pengguna dikehendaki mencatat kehadiran mereka di dalam buku Catatan Pengguna.
  3. Pelajar atau pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang disket persendirian kecuali dipastikan oleh guru ianya bebas daripada serangan virus.
  4. Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru .
  5. Had masa pengguna komputer hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada guru.
  6. Jaga kebersihan makmal dan gunakan terminal yang telah ditetapkan.
  7. Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer.
Langkah Keselamatan Kebakaran
  1. Satu pelan Larian Kecemasan ditempatkan di dalam makmal agar pengguna mengetahui arah yang patut mereka pergi sekiranya berlaku kebakaran.
  2. Loceng kebakaran dan alat pemadam kebakaran mestilah diletakkan di tempat yang mudah dicapai sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahuan.
Langkah Keselamatan makmal
  1. Untuk mengelakkan makmal daripada pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, semua tingkap dan pintu makmal hendaklah dipasang jeriji.
  2. Untuk tujuan penyelenggaraan dan menjaga keselamtan komputer serta perkakasan makmal, kerja penyelenggaran dan baik pulih seharusnya dilakukan dari masa ke semasa.Prosedur ‘difragmenting’ san scandisk terhadap cakera keras perlu dilakukan dalam tempoh 3 bulan.Ini bertujuan agar komputer di dalam makmal sentiasa berda di dalam keadaan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Banjir Hujung Februari 2022