Hal Ehwal Murid

Cikgu Faizuri Bin Yaman
Penolong Hal Ehwal Murid
SK Gual To'Deh
Assalamualaikum..

Sesi persekolahan baru akan bermula pada esok hari,1 Januari 2019. Saya selaku Penolong Kanan HEM SK Gual To’Deh mengucapkan SELAMAT BERTUGAS kepada semua warga sekolah. Kita telah berkerja keras sejak beberapa tahun yang lalu membina jatidiri dan melahirkan ramai murid ke sekolah-sekolah terbaik di seluruh negara. SYABAS diucapkan kepada semua guru.

Murid-murid adalah ‘client’ kita di sekolah. Tanpa kehadiran murid-murid, sesebuah institusi itu tidak boleh digelar sebagai sekolah. Justeru itu, pihak sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kehadiran murid-murid ke sekolah. Besar harapan kita agar ibubapa lebih cakna terhadap kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah meninggalkan kesan yang besar kepada pembelajaran mereka. Mereka akan ketinggalan di dalam pembelajaran, mereka tidak mendapat maklumat dan mereka sering disisihkan oleh rakan-rakan sekelas. Justeru itu, murid-murid ini lama-kelamaan tidak berasa seronok datang ke sekolah. Jika keadaan ini berterusan, mereka akan mengulangi tabiat yang sama di peringkat menengah.

Pada hari ini, dengan segala macam kemudahan yang disediakan, peratusan kehadiran murid-murid ke sekolah sepatutnya boleh ditingkatkan. Mereka tidak lagi bersusah-payah menyeberangi sungai atau berbecah selut berjalan kaki kerana ibubapa yang menghantar mereka ke sekolah. Tidak seperti murid-murid ke sekolah sekitar tahun 70an dan 80an. Pada hari ini juga murid-murid diberikan sarapan pagi melalui RMT supaya mereka lebih bertenaga ketika belajar di dalam kelas.

Besar harapan saya supaya peratusan ke hadir murid ke sekolah akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Guru-guru perlu memainkan peranan lebih aktif menyedarkan murid-murid supaya suka datang ke sekolah. Pada masa yang sama juga saya berharap guru-guru tidak patah semangat berhadapan dengan segala macam tingkah laku murid-murid di dalam kelas. Mereka masih kecil, Mereka masih memerlukan tunjuk ajar dari kita insan bergelar guru. Akhir kata, marilah kita bersama-sama bekerjasama dan membina sekolah yang lebih harmonis bukan sahaja untuk murid-murid tetapi juga untuk masyarakat setempat. SELAMAT BERTUGAS kepada semua guru, semoga kita dirahmati oleh Allah swt.
Renungi ciptaan indah Allah swt.



No comments:

Post a Comment

Banjir Hujung Februari 2022