Kurikulum

Cikgu Ferosdi Bin Yaakob
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Gual To'Deh
Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita meneruskan sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 1 Januari 2019. Saya selaku pemimpin kedua di sekolah mengucapkan SELAMAT KEMBALI BERTUGAS kepada semua guru dan kakitangan sekolah. Kita telah melakar beberapa kejayaan sepanjang beberapa tahun yang lalu. Syabas diucapkan kepada semua.

Malaysia semakin hampir kepada Wawasan 2020 yang pastinya dinanti-nantikan oleh setiap rakyat Malaysia. Justeru itu, pendidikan awal dan rendah merupakan suatu tahap penting sebagai asas kepada murid-murid melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Tidak dapat dinafikan masih terdapat ramai murid yang tidak menamatkan pengajian di peringkat menengah akibat keciciran dan juga masalah keluarga. Jika hal ini berlarutan, mereka akan lebih terdedah kepada penyalahgunaan bahan-bahan terlarang seperti dadah, pil dan sebagainya apatah lagi mereka tinggal berdekatan dengan sempadan.

Mendidik bukan suatu tugas mudah sepertimana dilihat oleh orang diluar sana. Bayangkan seorang guru mendidik 25 hingga 30 orang murid di dalam satu kelas. Guru berhadapan dengan segala macam tingkahlaku yang pastinya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Pada hari ini juga kaedah pengajaran juga jauh berbeza jika dibandingkan pada tahun 70an dan 80an. Kalau dahulu murid-murid gerun kalau tidak siapkan kerja rumah. Pada hari ini mereka seolah-olah tidak ada rasa takut dan memberikan pelbagai alasan untuk menggelakkan didenda oleh guru. Jadi saya percaya guru-guru di SK Gual To’Deh sudah mempunyai benteng yang kukuh untuk berhadapan dengan pelbagai situasi yang tidak terjangka di kawasan sekolah.

Apabila bergelar guru, dicampak kemana-mana pun tetap di panggil ‘cikgu’. Guru bagai lilin membakar diri. Guru penyuluh takkala kegelapan. Banyak lagi perumpamaan yang diberikan kepada guru. Sepanjang berapa di SK Gual To’Deh saya dapat melihat akan kesungguhan setiap guru yang mendidik anak-anak kampung Gual To’Deh dan kawasan sekitarnya. Usaha yang tidak berbelah-bahagi ini tidak diminta balasan sebaliknya berhabisan wang dan tenaga untuk melihat kejayaan semua murid.

Akhir kata, saya berharap kita terus bersemangat mendidik anak-anak ini tidak kira apa sahaja latarbelakang dan ideologi mereka. Anggaplah ia sebagai tanggungjawab sesama manusia dan yang pentingnya kita mengharapkan keredhaan dari Allah swt. ‘SELAMAT BERTUGAS’ saya ucapkan kepada guru-guru dan jadilah seorang pendidik yang berhemah dan bertanggungjawab. Kejayaan seorang murid itu adalah hasil keringat seorang pendidik yang sangat bernilai. Semoga kita dirahmati oleh Alla swt.

Renungi keindahan ciptaan Allah swt.

**PERHATIAN**

Berikut saya kongsikan bersama-sama cikgu yang memerlukan DSKP bagi semua tahun.
KLIK di sini.



========================
Mohon guru-guru dapat menggunakan
sebaik mungkin bahan-bahan
yang terdapat di dalam blog ini.

Tahniah kepada Ustaz Noor Bin Hassan
yang menguruskan blog sekolah.
========================

Kepada guru-guru yang berminat untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara softcopy, sila klik di sini.

eRPH2019

No comments:

Post a Comment

Banjir Hujung Februari 2022