Monday, December 31, 2018

Ucapan Aluan Sesi Persekolahan 2019

Cikgu Che Hashim Bin Hamzah
Guru Besar
SK Gual To'Deh
Assalamualaikum …
                                                 
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah swt  kerana telah diberi mandat sebagai guru besar SK Gual To’Deh . Sesungguhnya  suatu tanggunjawab besar sebagai pemimpin bukan sahaja sebagai pemimpin sekolah bahkan juga melibatkan keseluruhan komuniti di kawasan sekitar. Justeru itu, apajua yang dilakukan perlu mengambilkira akan kepentingan kepada sekolah dan juga penduduk setempat bagi mewujudkan sarana ibubapa yang baik.

Keutamaan perlu difokuskan kepada kemenjadian murid-murid sejak dari mereka menduduki kelas prasekolah. Mereka akan diberi peluang belajar dalam keadaan yang kondusif sesuai dengan kehendak kerajaan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Maka, setiap orang murid berhak untuk mendapat pendidikan yang terbaik di sekolah ini.

Saya bersyukur mempunyai barisan pendidik yang mempunyai komitmen tinggi menjalankan tugas yang diamanahkan. Seorang insan yang bertanggunjawab mengajar murid-murid tanpa mengira latarbelakang atau ideologi. Mereka  ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh persekitaran sekolah.

Akhir kata, saya dengan hati terbuka  dan berlapang dada mengucapkan SELAMAT BERTUGASB  BBBkepada guru-guru dan staf dan marilah kita bersama-sama membina sebuah sekolah yang mempunyai identiti kita sendiri. Insya Allah. 


Renungi ciptaan Allah swt.

No comments:

Post a Comment

Banjir Hujung Februari 2022