Thursday, January 31, 2019

Beribu batu ke Kg Gual To'Deh

SK GUAL TO'DEH - Seorang pengembara dari Lyon, Perancis merentas benua Asia meninggalkan kenangan yang tidak dilupakannya bersama-sama murid-murid di sekolah ini. Seorang 'hitchhiking' menjelajah Malaysia dari utara ke selatan dan berakhir di Pasir Mas selama hampir 4 bulan. Pada asalnya beliau hanya bercadang untuk berada di Malaysia tidak lebih dari 4 minggu. Andrian, 29 tahun mengembara ke seluruh dunia berbekalkan satu bag galas dan menumpang kereta.
Andrian bersama-sama murid-murid di SK Gual To'Deh. Sepanjang dua di sini, murid-murid di sini sangat teruja dan mereka berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris. Suatu pendedahan yang baik untuk murid-murid di sini mengenali budaya dan cara hidup di benua yang lain.
Saya dan Adrian merupakan antara ahli pengembara dunia di dalam couchsurfing.com. Suatu laman web yang menemukan pengembaran dengan pengembara yang lain. Walaupun kami berbeza dari segi agama, adat dan cara hidup, akan tetapi kami boleh berbual dan berjalan bersama sebagai seorang kawan. Apa yang penting hormat-menghormati di antara satu sama lain.
Inilah akaun saya di dalam couchsurfing.com. Konsep corak pengembaraan ini ialah 'Rasai Pengalaman Tinggal Bersama-sama Orang Tempatan'. Saya pernah ke beberapa buah negara Asia Tenggara menggunakan laman ini. Alhamdulilah saya disambut baik oleh mereka di sana.
Bagi murid-murid di sini, suatu pengalaman baru dapat bertemu dengan pengembara dari serata dunia. Mereka pernah bertemu dengan pengembara dari German, Turkey, Belanda, Argentina dan beberapa buah negara lagi. Sepanjang berada di sini, Andrian meluahkan rasa gembira dan teruja bertemu murid-murid dan baginya murid-murid di sini mempunyai keyakinan diri ketika berbual di dalam Bahasa Inggeris. Diharapkan murid-murid di SK Gual To'Deh akan lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang asing di masa akan datang.

-- GRACIAS --

Thursday, January 3, 2019

Murid-murid teruja menyambut PKKO baru.

SK GUAL TO’DEH – Madah pujangga pantun seloka sudah tidak asing lagi takkala majlis yang dikendalikan oleh Cikgu Sharifah Mohamed. Bait-bait pantun sering mencuit hati sesiapa sahaja yang melawat ke SK Gual To’Deh, menjadi penyeri pada majlis itu dan sekaligus memartabatkan budaya berpantun di kalangan orang Melayu. Puitis benar pantun-pantun yang dilontarkan, kena dengan apajua majlis. Begitu jugalah pada majlis hari ini ‘Majlis Menyambut PKKO Baru’ iaitu Cikgu Hjh Normi Binti Salleh.
Cikgu Hjh Normi Bt Salleh berucap ketika Majlis Menyambut PPKO baru di dewan SKGTD. Beliau gembira diberi mandat untuk bertugas di sekolah baru.
Rombongan menghantar ke sekolah baru seperti rombongan pengantin ke rumah mertua. Siap dengan ‘par’ sebagai hantaran dan berbalas hantaran. Secara ritual, adat ini telah lama diamalkan di kalangan masyarakat Melayu mengalu-alukan rombongan dari satu pihak lain. Unik dan menarik. Murid-murid pun dapat melihat aturcara majlis bagaimana adat ‘menghantar’ sebagai sebahagian daripada corak hidup masyarakat Melayu. Keterujaan menyambut kehadiran baru juga diserikan lagi dengan paluan ‘Mini Rebana’ yang terkenal di sekolah ini malah pernah digunakan pada majlis-majlis besar di peringkat PPD dan JPN. Pernah juga dimainkan ketika menyambut kehadiran rombongan dari Sekolah Lubok Gayoh dari selatan Thailand pada suatu masa dahulu.

Inilah adat dan tradisi yang boleh diterapkan kepada murid-murid agar mereka lebih peka dan tahu akan corak hidup masyarakat mereka. Nilai sebegini perlu dipupuk di peringkat rendah supaya kelak mereka akan lebih menghormati budaya dan tradisi masyarakat lain yang menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Terdapat kajian yang menunjukkan pertelingkahan di kalangan kaum akibat tidak memahami dan menghormati adat resam satu-satu kaum. Justeru itu, murid-murid perlu selalu diingatkan dan dikawal supaya mereka boleh menerima dan menghormati budaya dan adat resam bangsa lain.

Ketika ucapan pada majlis itu, Cikgu Hjh Normi gembira dapat bertugas di sekolah ini dan berharap dapat menjalankan tugas baru di sini dengan kerjasama dari guru-guru. Besar harapan beliau untuk melihat warga SK Gual To’Deh dapat bersaing di peringkat PPD atau negeri di dalam aktiviti ko kurikulum. Maka, menurutnya beliau tidak boleh bekerja seorang diri sebaliknya guru-guru harus turut sama mengemblingkan tenaga meningkatkan kecemerlangan di dalam ko kurikulum. Beliau teruja dengan sambutan yang meriah pada hari ini. Ucapan terima kasih kepada warga guru juga telah disampaikan olehnya di dalam aplikasi Whatsap.

Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT BERTUGAS kepada Cikgu Hjh Normi Binti Salleh, PKKO baru SK Gual To’Deh. Semoga kita dirahmati oleh Allah swt.

Galeri Majlis Menghantar PKKO
Cikgu Hjh Normi Bt Salleh, PKKO baru SK Gual To'Deh sedang memotong riben di hadapan bilik beliau.
Murid-murid menanti kehadiran PKKO baru.
Kumpulan 'Mini Rebana' bersiap-sedia menyambut kedatangan PKKO baru.
Hannan Hadif ketika latihan menyambut PKKO.

Semoga dirahmati oleh Allah swt.

Wednesday, January 2, 2019

Sofea ceria di hari pertama persekolahan..

SK GUAL TO’DEH – Sesi persekolahan 2019 telah tiba. Cuti panjang akhir tahun terasa sekejap sahaja. Kini kanak-kanak seawal 6 tahun mula memasuki alam persekolahan. Manakala murid-murid darjah 1 menjadi suatu pengalaman baru buat mereka bersama-rakan rakan-rakan di kelas yang lebih tinggi. Manakala ibubapa pula sibuk menguruskan anak-anak di hari persekolahan. Pihak sekolah pula telah mula menguruskan untuk persediaan sesi 2019 sejak seminggu lebih awal sebelum sesi baru bermula.

Hanna Sofea Bin Mazeri, 9 tahun seorang murid baru bertukar ke SK Gual To’Deh bersama-sama abangnya Hannan Hadif Bin Mazeri di tahun 4. Wajah ceria anak kecil ini takkala pertama kali menjejakkan kaki di sekolah arus perdana pada hari pertama persekolahan. Sebelum ini Hanna Sofea dan abangnya belajar di sebuah sekolah agama swasta di Pasir Mas. Hanna Sofea bangun seawal 6.15 pagi dengan semangat untuk ke sekolah dengan semua kelengkapan sekolah baru. Inilah pengalaman yang kita pernah lalui ketika zaman kecil dahulu.
Hanna Sofea bersama-sama rakannya di hari pertama persekolahan di SK Gual To'Deh. Ceria memulakan hari pertama berada di kelas 3 Arif. 
Di hari pertama persekolahan, SK Gual To’Deh menerima murid-murid seramai 200 orang. Mereka terdiri daripada murid-murid di Kg Gual To’Deh, Kg Lachang, Kg Tersang dan beberapa buah kampung berdekatan. Pada hari pertama cuaca di Kg To’Deh sangat baik seolah-olah menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah untuk tahun ini. Guru-guru juga ceria dan bersemangat untuk berkhidmat dan mengajar murid-murid di sini.

Guru Besar SK Gual To’Deh, Cikgu Che Hashim Bin Hamzah pada ucapan ringkas di hari pertama persekolahan mengucapkan SELAMAT DATANG kepada semua warga sekolah termasuk guru, murid, staf dan juga kepada ibubapa yang turut hadir menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Beliau menaruh harapan besar untuk melihat sepanjang 2019, suatu kejayaan yang lebih baik berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada hari pertama murid-murid memulakan pembelajaran tepat pada pukul 7.45 pagi.

Galeri Hari Pertama Persekolahan





Banjir Hujung Februari 2022