Monday, December 31, 2018

Ucapan Aluan Sesi Persekolahan 2019

Cikgu Che Hashim Bin Hamzah
Guru Besar
SK Gual To'Deh
Assalamualaikum …
                                                 
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah swt  kerana telah diberi mandat sebagai guru besar SK Gual To’Deh . Sesungguhnya  suatu tanggunjawab besar sebagai pemimpin bukan sahaja sebagai pemimpin sekolah bahkan juga melibatkan keseluruhan komuniti di kawasan sekitar. Justeru itu, apajua yang dilakukan perlu mengambilkira akan kepentingan kepada sekolah dan juga penduduk setempat bagi mewujudkan sarana ibubapa yang baik.

Keutamaan perlu difokuskan kepada kemenjadian murid-murid sejak dari mereka menduduki kelas prasekolah. Mereka akan diberi peluang belajar dalam keadaan yang kondusif sesuai dengan kehendak kerajaan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Maka, setiap orang murid berhak untuk mendapat pendidikan yang terbaik di sekolah ini.

Saya bersyukur mempunyai barisan pendidik yang mempunyai komitmen tinggi menjalankan tugas yang diamanahkan. Seorang insan yang bertanggunjawab mengajar murid-murid tanpa mengira latarbelakang atau ideologi. Mereka  ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh persekitaran sekolah.

Akhir kata, saya dengan hati terbuka  dan berlapang dada mengucapkan SELAMAT BERTUGASB  BBBkepada guru-guru dan staf dan marilah kita bersama-sama membina sebuah sekolah yang mempunyai identiti kita sendiri. Insya Allah. 


Renungi ciptaan Allah swt.

Sunday, December 30, 2018

Pamplet Rasmi Sekolah

SK GUAL TO'DEH - Syukur Alhamdulillah setelah hampir sebulan akhirnya Pamplet Rasmi Sekolah telah disiapkan. Terima kasih kepada warga sekolah yang telah membantu memberikan maklumat bagi menyiapkan pamplet ini. Insya Allah, pamplet ini akan menjadi bahan rasmi kepada pelawat dan sesiapa sahaja yang datang ke SK Gual To'Deh.

Selamat bertugas kepada guru-guru SK Gual To'Deh semoga tahun 2019 akan lebih bermakna mendidik anak-anak kita.

Friday, December 21, 2018

Perhatian -eRPH2019-


Kepada guru-guru yang berminat untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) secara softcopy, sila klik di sini.


Friday, December 14, 2018

MESYUARAT KE-2 AJK PENGURUSAN SEKOLAH

                                                                *MAKLUMAN TERKINI*

Tarikh: 17/12/2019
Hari   : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran

  1. GB
  2. PKP
  3. PKHEM
  4. PKKO
  5. PT
  6. Uztaz Nari
  7. Cikgu Dasuki
  8. Cikgu Md Noor
  9. Cikgu Mazeri
  10. Cikgu Nazan
  11. Cikgu Yufferi
  12. Cikgu Sharifah M
  13. Cikgu Nor Azlida
  14. Cikgu Norra
  15. Cikgu Fatonah
  16. Cikgu Sarina
  17. Cikgu Yusnani
* Sila sediakan buku pengurusan panitia masing-masing untuk dibentangkan pada mesyuarat tersebut.

ARAHAN GB

Thursday, December 6, 2018

SK Gual To'Deh Ke Arah TS25

Alhamdullillah, banner berukuran besar telah siap direkabentuk. Ia memakan masa hampir sebulan untuk menyiapkan rekaan banner ini. Insya Allah, banner ini akan dipasang di dewan sekolah dalam masa terdekat.

Wednesday, December 5, 2018

Warga Pendidik Penggerak TS25

SK GUAL TO'DEH - Barisan pendidik SK Gual To'Deh yang bersiap-sedia untuk menggerakkan Transformasi Sekolah 2025.
Pendidik SK Gual To'Deh terus komited menerajui Transformasi Sekolah 2025. Harapan warga Kg To'Deh.

Tuesday, December 4, 2018

Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

LUBOK JONG - Bermula sesi persekolahan 2019, SK Gual To'Deh akan memulakan program TS25. SK Gual To'Deh di antara sekolah di PPD Pasir Mas yang terpilih untuk melaksanakan TS25. Syabas diucapkan kepada pihak sekolah kerana dipilih untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Semua warga SKGTD perlu memahami kehendak TS25 agar kita sama-sama bekerja dan fokus ke arah itu. Di sini saya ingin berkongsi info tentang TS25.

***PERHATIAN***

========================
Mohon guru-guru dapat menggunakan
sebaik mungkin bahan-bahan
yang terdapat di dalam blog ini.

Tahniah kepada Ustaz Noor Bin Hassan
yang menguruskan blog sekolah.
========================

Monday, December 3, 2018

Panduan AJK Panitia

LUBOK JONG - Berikut mungkin panduan yang boleh cikgu-cikgu gunakan untuk mengemaskini AJK Panitia masing-masing. Saya akan bantu cikgu-cikgu menyusun nama-nama guru dan gambar saya sudah ada. Cikgu hanya perlu memberikan maklumat pasal AJK Panitia dan saya akan siapkan.

Sunday, December 2, 2018

Semoga cepat sembuh

MERANTI - Seorang warga SK Gual To'Deh, cikgu Mazura Mat Zain sedang terlantar sakit di kediamannya di Meranti. Beliau telah dimasukkan ke hospital akibat 'stroke' beberapa minggu yang lalu dan kini dibenarkan pulang setelah keadaanya semakin pulih.
Warga SKGTD mendoakan kesejahteraan cikgu Mazura dan dapat kembali bertugas seperti sediakala pada masa akan datang. Semoga beliau terus dirahmati oleh Allah swt.

Thursday, November 29, 2018

Penyerahan Keputusan UPSR 2018

SK GUAL TO'DEH - Calon-calon UPSR 2018 sedang menunggu keputusan yang akan diumumkan oleh Guru Besar, En Cik Hashim Bin Hamzah.
Mereka menunggu dengan penuh sabar keputusan UPSR yang akan diumumkan oleh Guru Besar.





Ibubapa sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak ketika mengambil keputusan UPSR 2018.







Monday, September 24, 2018

UPSR 2018






Restu Ilmu











Solat Hajat UPSR

SK GUAL TO'DEH - Majlis solat hajat dan izin ilmu telah diadakan sebelum peperiksaan UPSR bermula. Majlis itu turut dihadiri oleh ibubapa kepada calon pada tahun ini disamping warga sekolah. Solat hajat diadakan di musala sekolah kira-kira pukul 8.30 pagi yang diimamkan oleh Ustaz Muhamad nazri B. Ghazali. Pada majlis itu juga calon-calon UPSR disuapkan pulut kuning sebagai tanda tradisi izin ilmu dan memberi semangat kepada calon sebelum menduduki peperiksaan.

Di antara ibubapa dan guru pada majlis solat hajat.


Ustaz Muhamad Nazri menyampaikan tazkirah selepas solat hajat.




Banjir Hujung Februari 2022